Thursday, June 19, 2008

Pementasan BABAK 1 - Puteri Sakdong

dah lama jugak tak update..sibok sgt lately.....yele...dgn aku punya bengkel bangsawan...dlm masa yg sama aku kene ke Lumut...Marina Cove Resort, Teluk Batik...ade bengkel TOT (training for Traners)...aku jadi MC pulak..so takleh la nak skip...so terpaksa pegi jugaa....3 hari jd MC untuk setiap sesi..bosannyaaa.....mula aku buat formall..dah hari ke belakang..aku buat biasa ja..dah jd mcm rancangan talk kat TV...lantak laaa...janji tercapai objektif bengkel.

...................................................

so...kemarin...19 Jun 2008...tercapai jugak hasrat hati aku...minat yang aku pendam sejak zaman aku study kat universiti dulu untuk berlakon teater tercapai hajatnya...aku berdiri gagah sebagai seorang dato...bergelar DATO LELA NEGARA....( dato lela negara adalah orang kanan cik siti wan kembang ( merangkap ketua pahlawan dalam zaman itu)).

Alhamdulillah kami berjaya membawa watak kami dengan baik dan kami berjaya juga mementaskan babak 1 :puteri sakdong walaupun kami hanya menghadiri bengkel bangsawan hanya selama 55 jam....dalam tempoh itu...waktu praktis lakonan sekejap sahaja dalam 20 jam...selebihnya kami habiskan dengan teori....tp syukur kami berjaya...kami puas....penilaian penonton kami tak tahu..yang pasti kami mmg berpuas hati...kami mampu laksanakannya dgn baik dan berjaya....bukan apa...kami yg terlibat...hanya berbekalkan MINAT semata-mata....bakat kami cuba cungkil sepanjang bengkel...sungguhpon kami agak kekok..tp syukur kami berjaya pada sesi " percubaan " ini....amin.

tapi bila bercakap pasal teater ni..aku terfikir pulak tentang kehidupan aku nantii...aku tau isteri aku mmg menyokong tapi atas desakan keadaan aku sbg seorg suami..aku terpkasa pikir 2 kali untuk teruskan atau aku stop setakat ini....pikirkan anak bini..aku rasa aku tak boleh langkah jauh dlm dunia teater....tp jujur aku kata aku mmg BERMINAT dan aku rasa JIWA aku ada di situ.....ermm..susahkan.....

** setiap tindakan yang kita lakukan harus pandang kedepan bukan pandang kebelakang..aku pandang kedepan ..sbb itu aku pikirkan keluarga..sbb aku kene bg komitmen sepenuhnya...tp jujur aku cakap aku tau siapa diri aku..dan aku bukan jenis abaikan tanggungjawab aku sbg suami, daddy dan sebagai seorg pensyarah.....so sapa nak bagi komen???


*****************
ps: kat bwh ade youtube lagu makan sireh yang dinyanyikan maasa pementasan...(tp itu bknnya pementasan yang kami jalankan)..hanya lagu saya.....

ooopp...abaikan NIK AZIZ tu hahahahaa.....

No comments: